Mama & Papa Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rayyan Journey

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 22, 2009

Blog utk Rayyan

Askum semua..hari ni papa dah buatkan blog utk rayyan..dah lama mama suh papa buatkan tapi papa sibuk dengan server plak down kat ofis ni skrg baru papa ada masa buatkan..pasni semua gmbr atau segala cerita tentang rayyan akan disiarkan lam blog ni..insyaallah papa akan updatekan cerita2 rayyan nnt smpai la rayyan pandai membaca hehe ok papa akan start cerita kisah rayyan 1st day kat dunia ni..

mama kena tahan wad malam 3ohb mac 2009 sebab dah ada kesan tumpah darah..masa tu papa stil kat kedah..ingatkan papa nak balik je malam tu tp tok rayyan ckp xpe balik esok je sbb mama xde sakit ape dan jangkaan pun maybe lmbt lagi nak bersalin..esoknye kul 6.00pagi mama dah di masukkan lam labour room dan diberi induce, bila papa tau terus papa siap2 pagi tu gak selepas sbhyg subuh pa bertolak naik motorsikal papa dengan tak check minyak hitam ngan tayar terus papa memecut ke ipoh..pa berenti kat gerik ngan kuala kangsar utk isi minyak..on the way papa xputus2 doakan keselamatan mama ngan rayyan..dan tepat kul 8.50pg masa tu papa dah kat kuala kangsar..tok rayyan bagitau mama dah selamat menglahirkan rayyan..berat rayyan masa baru lahir 3.1kg..mengalir airmata papa bila terima panggilan daripada tok rayyan..papa sebenarnye mmg nak temankan mama masa bersalin tp tak sempat takpe la yg penting mama ngan rayyan selamat..

pa sampai kat Pusat Perubatan Ar Ridzuan Ipoh kul 10 pagi..sampai je terus pa cari bilik siti aisyah..dan buka je pintu pa nmpk rayyan lam basinet tepi katil mama..terasa sungguh gembira bila dpt tengok rayyan ngan mama selamat..ptg tu kebetulan sebelah bilik rayyan rupanya anak mb perak ir nizar pun lahirkan baby girl hehe rayyan sebetulnya jangka akan lahir 18hb april tp rayyan dah 18hari awal..esoknye lam kul 11 pagi rayyan ngan mama dah leh check out..sebelum balik mama pegi jumpa kawan mama sekolah menengah dulu autie ayu dia pun lahirkan baby di situ..tp baby girl la anak kedua..rupa2nya sebelum bersalin mama ngan kawan mama dah jumpa masa ujian mtest kpli hehe xsangka bersalin di tempat yg sama..

itu la cerita rayyan 1st day nnt kalau ada yg papa lupa,papa akan edit balik ye..papa syukur sgt semua selamat..makin bertambah kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga papa dengan kehadiran rayyan..semua kehadiran rayyan akan membawa rezeki yg lebih pada keluarga mama ngan papa..insyaallah mama ngan papa akan didik rayyan sebaik mungkin..

rayyan selepas sejam kelahiran di dunia ni..papa terus amik gmbar


rayyan tido nyenyak sebelah mama..tgk mama walaupun puas bertarung sebentar td bila rayyan dah kuar hilang segala semua perit jerih hehe tersenyum mama





2 comments:

  1. welcome to the world baby rayyan..

    ReplyDelete
  2. Hari ke24 baru mama leh baca blog yg papa buat tuk Rayyan...mama xsempat nk buat blog...nyway; hepi sgt2 dah ada rayyan tau...mmuuahhhhhhh cyg rayyan..cyg pa

    ReplyDelete